2012 Summer Olympics

Sukan Olimpik Musim Panas 2012 (nama rasmi Sukan Olimpik XXX)[1] atau juga dikenali sebagai London 2012, berlangsung di London, United Kingdom, mulai 27 Julai (upacara pembukaan) hingga 12 Ogos 2012. Acara pertama, iaitu peringkat kumpulan bola sepak wanita, bermula dua hari lebih awal iaitu pada 25 Julai.[2][3] Seramai 10,000 orang ahli sukan yang mewakili 204 buah Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (JOK) telah bertanding dalam temasya ini.[4]Ekoran bidaan yang diketuai oleh bekas atlet Olimpik, Sebastian Coe dan Datuk Bandar London ketika itu, Ken Livingstone, London terpilih selaku tuan rumah pada 6 Julai 2005 di Sesi IOC ke-117 di Singapura, mengatasi bidaan dari Moscow, Bandar Raya New York, Madrid dan Paris.[5] London merupakan bandaraya pertama yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik moden sebanyak tiga kali,[6] setelah diberi hak penganjuran pada tahun 1908 dan 1948.[7][8]Usaha persediaan untuk temasya Sukan Olimpik ini telah banyak melibatkan pembangunan semula, khususnya pembangunan lestari.[9] Tumpuan utama usaha ini ialah Taman Olimpik baharu seluas 200 hektar yang dibina di atas sebuah bekas kawasan perindustrian di Stratford di timur London.[10] Temasya ini juga memanfaatkan banyak kemudahan yang sedia ada sebelum bidaan.

2012 Summer Olympics

Pembukaan 27 Julai 2012
Dibuka oleh
Stadium Stadium Wembley
Atlet 10,500 orang (dianggarkan)
Kawah Obor
Callum Airlie
Jordan Duckitt
Desiree Henry
Katie Kirk
Cameron MacRitchie
Aidan Reynolds
Adelle Tracey
Hos Bandar London, Great Britain
Penutupan 12 Ogos 2012
Negara 204
Acara 302 acara dalam 26 sukan
Cogan kata Inspire a Generation